+
Foreign Language Malay

Foreign Language Malay

Rating:
Rating
(0)
Description:

PENDAHULUAN

Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996, Bahasa Melayu ialah mata pelajaran teras di semua sekolah rendah dan menengah. Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan rakyat di Malaysia. Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat membina rasa bangga terhadap bahasa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat, juga berperanan sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air yang dikongsi bersama oleh semua rakyat dalam satu wawasan. Pendidikan Bahasa Melayu mempunyai potensi untuk dimartabatkan dan diperluas ke peringkat antarabangsa menerusi teknologi maklumat dan komunikasi.

Kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani. Kurikulum Bahasa Melayu menyediakan murid menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dengan menggunakan peraturan tatabahasa secara betul dan tepat. Murid mampu mengungkapkan bidang ilmu daripada pelbagai disiplin atau mata pelajaran di samping mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah merangkumi tiga bidang penggunaan bahasa, iaitu Bidang Interpersonal, Bidang Maklumat, dan Bidang Estetik. Penumpuan pada bidang-bidang ini membolehkan murid menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian, bidang pekerjaan, dan sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup. Di samping itu, komponen kesusasteraan Melayu diharapkan dapat memupuk minat membaca dan melahirkan kenikmatan membaca serta penghayatan terhadap bahan sastera. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu juga memberikan pertimbangan terhadap pelbagai gaya pembelajaran, minat, dan kecerdasan yang berbeza antara satu sama lain di kalangan murid. Aktiviti kokurikulum yang dijalankan di luar waktu sekolah adalah penting sebagai sokongan untuk memantapkan huraian sukatan pelajaran.

Huraian Sukatan Pelajaran memberikan gambaran menyeluruh tentang kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah. Huraian Sukatan Pelajaran ini mengandungi Matlamat, Objektif, dan Organisasi Kandungan. Organisasi Kandungan merangkumi Penggunaan Bahasa, Kemahiran Bahasa, Aspek Bahasa, Hasil Pembelajaran, dan Pengisian Kurikulum yang dijelaskan dalam dokumen ini.

Terdapat lima dokumen sampingan yang dikenali sebagai Huraian Sukatan Pelajaran yang berfungsi sebagai panduan untuk guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Huraian Sukatan Pelajaran ini disediakan bagi setiap tingkatan, iaitu dari tingkatan satu hingga tingkatan lima.

MATLAMAT

Matlamat kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah adalah untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi bagi memenuhi keperluan diri dalam urusan harian, pendidikan dan pekerjaan.

OBJEKTIF MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH MENENGAH

Pada akhir sekolah menengah murid dapat:

melibatkan diri dalam interaksi sosial melalui perbualan, perbincangan, dan penulisan untuk menjalin serta mengeratkan hubungan, dan berurus untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan;

mendapat dan memproses maklumat secara kritis daripada pelbagai sumber yang didengar, dibaca, dan ditonton untuk memperoleh ilmu dan maklumat; 

menggunakan maklumat yang diperoleh untuk tujuan menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, serta menyebarkan maklumat dalam bentuk lisan dan tulisan;

mendengar, membaca, menonton, dan memberikan respons kepada pelbagai bahan bacaan jenis maklumat dan bahan sastera;

melahirkan idea dan pendapat dalam bentuk lisan dan penulisan jenis maklumat dan imaginatif secara kreatif dan berkesan; dan

menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotik, dan perasaan cinta akan negara. 

OBJEKTIF MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU  

Pada akhir tingkatan satu murid dapat:

  • berbicara dengan rakan mengenai hal peribadi, keluarga, jiran dan peristiwa menarik dengan menggunakan bahasa yang santun;
  • berbincang dan mengemukakan idea yang bernas tentang sesuatu perkara untuk mencapai kata sepakat;
  • berurus untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan dengan menggunakan ungkapan dan ayat yang sesuai;
  • membaca dengan menggunakan pelbagai teknik bacaan, mendengar dan menonton pelbagai bahan ilmu dan karya sastera untuk mengumpulkan maklumat.
  • menyusun maklumat berdasarkan topik atau masalah yang dikaji berserta alasan;
  • menyampaikan maklumat berdasarkan kerangka penyampaian yang disediakan tentang sesuatu tajuk;
  • membaca karya ilmu dan sastera untuk keseronokan serta memberikan pandangan secara keseluruhan tentang karya tersebut;
  • menghasilkan penulisan kreatif dengan menggunakan kata, istilah, frasa, ungkapan, dan ayat yang betul dan gramatis; dan
  • menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotik, dan perasaan cinta akan negara yang diperoleh daripada pengalaman pembelajaran di bilik darjah.

ORGANISASI KURIKULUM

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah ini mengandungi:

a. Penggunaan Bahasa

Penggunaan Bahasa merangkumi tiga bidang utama, iaitu Bidang Interpersonal, Bidang Maklumat, dan Bidang Estetik. Bagi setiap bidang tersebut terdapat Hasil Pembelajaran Utama dan Hasil Pembelajaran Khusus yang perlu dikuasai oleh murid.

Penggunaan bahasa bagi Bidang Interpersonal membolehkan murid memulakan, membina, dan mengekalkan hubungan dengan rakan rapat atau dengan orang lain melalui perkongsian idea semasa berinteraksi sosial atau berurus bagi tujuan komersial. Penggunaan bahasa bagi Bidang Maklumat membolehkan murid memperoleh dan menyampaikan maklumat serta ilmu kepada pihak tertentu. Penggunaan bahasa bagi Bidang Estetik membolehkan murid menikmati karya sastera, bercerita, melahirkan idea serta perasaan secara kreatif.

Bidang Interpersonal memberikan fokus pada kemahiran lisan iaitu, kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Namun begitu, kemahiran membaca, dan menulis perlu juga diterapkan di mana- mana yang sesuai contohnya membaca dan menulis surat untuk tujuan sosial. Bidang Maklumat dan Bidang Estetik pula memberikan fokus dan penekanan pada kemahiran membaca dan menulis di samping menerapkan kemahiran mendengar dan bertutur. Bidang Maklumat menekankan topik ilmu manakala Bidang Estetik lebih bertumpu pada topik imaginatif.

b. Kemahiran Bahasa

Kemahiran Bahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Kemahiran Bahasa ini merupakan teras kepada penguasaan bahasa baku.

Kemahiran Mendengar merujuk kepada keupayaan murid mendengar dengan teliti dan memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan seperti soal jawab, perbincangan, ucapan, lakonan, dan temu bual.

Kemahiran Bertutur merujuk kepada keupayaan murid menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif secara lisan dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberikan kepada penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai.

Kemahiran Membaca merujuk kepada keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda, dan kelancaran yang betul. Penekanan perlu diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan ilmu dan sastera secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik bacaan.

Kemahiran Menulis merujuk kepada keupayaan murid menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas.

c. Hasil Pembelajaran

Hasil Pembelajaran ialah pernyataan yang ditafsirkan daripada objektif kurikulum bahasa. Pernyataan hasil pembelajaran merupakan petunjuk yang jelas tentang apa yang harus dicapai oleh murid. Oleh itu, hasil pembelajaran memerlukan pendekatan yang berfokus pada strategi bilik darjah yang paling berkesan agar murid menguasai hasil tersebut. Justeru, hasil pembelajaran dapat membantu guru memilih kandungan, kaedah, sumber, dan prosedur pengajaran yang relevan dan berkesan. Selain itu, hasil pembelajaran juga membantu dalam membuat pengukuran dan penilaian pencapaian murid.

Terdapat dua hasil pembelajaran dalam kurikulum Bahasa Melayu, iaitu Hasil Pembelajaran Utama dan Hasil Pembelajaran Khusus. Hasil pembelajaran utama dapat dicapai dengan menguasai hasil pembelajaran khusus.

d. Sistem Bahasa

Sistem Bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada bahasa Melayu baku yang terdiri daripada tatabahasa, kosa kata, peribahasa, ejaan, dan sebutan dan intonasi. Aspek tatabahasa merangkumi morfologi dan sintaksis manakala aspek kosa kata terdiri daripada kosa kata umum dan istilah.

e. Komponen Kesusasteraan Melayu

Komponen Kesusasteraan Melayu diajarkan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu merangkumi genre novel, cerpen, prosa tradisional, drama, puisi baru dan pusi tradisional. Melalui komponen ini diharapkan minat membaca, keseronokan membaca, dan penghayatan terhadap bahan sastera dapat dipupuk. 

f. Pengisian Kurikulum

Pengisian Kurikulum terdiri daripada elemen yang mencantumkan teras utama dalam kehidupan masyarakat Malaysia dan perkembangan terkini dalam pendidikan, iaitu ilmu, nilai, kewarganegaraan, peraturan sosiobudaya, dan kemahiran bernilai tambah iaitu kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara belajar, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran konstruktivisme dan pembelajaran kontekstual. Semua elemen ini dapat diaplikasikan oleh murid dalam dunia pekerjaan. Di samping itu, pendidikan nilai, kewarganegaraan, dan patriotisme diberikan penekanan selaras dengan matlamat negara membangunkan masyarakat madani. 

(more)
See More
Try a College Course Free

Sophia’s self-paced online courses are a great way to save time and money as you earn credits eligible for transfer to over 2,000 colleges and universities.*

Begin Free Trial
No credit card required

25 Sophia partners guarantee credit transfer.

221 Institutions have accepted or given pre-approval for credit transfer.

* The American Council on Education's College Credit Recommendation Service (ACE Credit®) has evaluated and recommended college credit for 20 of Sophia’s online courses. More than 2,000 colleges and universities consider ACE CREDIT recommendations in determining the applicability to their course and degree programs.

Tutorial

Minggu Ke-4 : Kata Ganti Nama Diri

Perkataan Ganti Nama ialah perkataan yang menggantikan perkataan NAMA.
Perkataan Gantinama ini dibahagikan kepada lima bahagian iaitu Gantinama Diri, Gantinama Umum, Gantinama Pertanyaan, Gantinama Petunjuk dan Gantinama Sendi.
Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang
2. Kata ganti diri terdiri daripada:
(a)kata ganti diri (pertama, kedua, dan ketiga);
(b)kata ganti diri singkat;
(c) kata ganti tanya;
(d) kata ganti tempat; dan
(e) kata ganti tak tentu.
Gantinama Diri
Kata Ganti Diri Pertama
1. Kata ganti diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan diri orang yang bercakap.
2. Kata ganti diri pertama terbahagi dua, iaitu yang berbentuk tunggal dan yang berbentuk jamak.
Kata Ganti Diri
Pertama
Penggunaannya
aku (tunggal)
digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan
saya (tunggal)
digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenal atau dalam suasana rasmi
hamba (tunggal)
digunakan pada diri sendiri pada zaman dahulu
patik (tunggal)
digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan
beta (tunggal)
digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat
kami (jamak)
digunakan kepada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua
kita (jamak)
digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang kedua
Gantinama Diri Bilangan Tunggal dan Bilangan Banyak
Bentuk
contoh kata nama diri pertama
tunggal
beta, patik, aku, saya
jamak
kita, kami, kita orang
Kata ganti nama Diri Kedua
Kata ganti diri kedua digunakan ketika kita berbual dengan seseorang.
Kata ganti ini boleh dipecahkan kepada dua bentuk, iaitu bentuk tunggal dan bentuk jamak seperti berikut :
Bentuk
contoh kata Ganti Diri kedua
Tunggal
tuanku, wak, kamu, anda, engkau
Jamak
kalian
Kata Ganti Diri
Kedua
Penggunaannya
anda (tunggal)
digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita
awak (tunggal)
digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita
engkau (tunggal)
digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan
dengan Tuhan juga
tuanku (tunggal)
digunakan apabila bercakap dengan sultan dan raja
kalian (jamak)
digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap
kamu (tunggal dan jamak)
digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita
Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri kedua
1. Awak pekerja yang patuh
2. Kamu semua adalah murid yang baik
3. Guru mencari engkau.
4. Anda semua dinasihati membaca soalan dengan teliti.
5. Tunku akan bersiram sekejab lagi.
Kata Ganti diri ketiga
kata ganti diri ketiga ialah bagi merujuk kepada orang ketiga,kata-kata seperti
mereka, beliau, baginda hendaklah digunakan.
Kata ganti diri ketiga boleh dipecahkan kepada dua bentuk.
Bentuk
Contoh kata ganti diri ketiga
tunggal
ia, dia, beliau, baginda
jamak
mereka
Kata Ganti Diri Ketiga
Penggunaannya
baginda (tunggal)
digunakan untuk raja dan sultan
beliau (tunggal
digunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya
ibu bapa, guru, dan pemimpin
dia dan ia (tunggal)
digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan
mereka (jamak)
digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang
Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri ketiga.
1. Dia pegawai pendiaikan
2. Mereka itu orang India.
3. Beliau banyak membantu penduduk di situ.
4. Ia diburu oleh pihak polis.
5. Baginda sedang bertitah di atas singgahsana.
6. Dia menolong bapanya.
7 "Sekiranya dada halangan, ……. akan berangkat esok pagi ,” kepada bendahara.
8 "Sertailah peraduan ini. berpeluang memenangi pelbagai hadiah yang lumayan," kata pengacara itu.
9 Wakil rakyat akan merasmikan mesyuarat itu 2 jam lagi.
10 " tunggu di sini. Biar kusiasat perkara itu dahulu," kata Bagok kepada pengikut-pengikutnya.
Ringkasan
Kata Ganti Nama Diri
Tunggal
Bilangan Banyak / Jamak
Diri Pertama
( Orang yang bercakap )
aku
saya
patik
hamba
kami
kita
Diri Kedua
( Orang yang dilawan bercakap )
awak
kamu
engkau
encik
cik
saudara
saudari
tuan
puan
anda
tuanku
awak semua
kamu semua
saudara sekalian
saudari sekalian
encik-encik
cik-cik
tuan-tuan
puan-puan
anda semua
kalian
Diri Ketiga
( Orang yang diceritakan halnya)
dia
ia
nya
beliau
baginda
mereka
Kata Ganti Tanya
1. Kata ganti tanya ialah perbuatan untuk menggantikan nama benda, orang, tempat,
masa, bilangan dan hal dengan maksud pertanyaan.
2. Kata ganti nama pertanyaan ditambah “kah” dan tanda soal.
3. Digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.
Benda
Orang
Tempat
Masa
Hal
Bilangan
apakah
siapakah
manakah
bilakah
bagaimanakah
kenapakah
mengapakah
berapakah
Kata Ganti Nama
Penggunaannya
apa
digunakan untuk menanyakan nama benda atau bilangan
siapa
digunakan untuk menanyakan orang atau nama orang
mana
digunakan untuk menanyakan orang, binatang, benda, dan tempat
Contoh ayat
1. Bilakah engkau pergi ke bandar ?
2. Mengapakah kamu tidak datang semalam ?
3. Murid-murid di dewan itu berapa orang ?
4. Nama pokok itu apa ?
5. Pemuda kacak itu siapa ?
Kata Ganti Tempat
1. Kata ganti tempat digunakan untuk mengganti nama tempat.
2. Contoh kata ganti tempat dan penggunaannya adalah seperti yang berikut:
Kata Ganti Tempat
Penggunaannya
sana
digunakan untuk tempat yang dianggap jauh
sini
digunakan untuk tempat yang dekat dengan orang
yang bercakap
situ
digunakan untuk tempat yang agak jauh, tetapi tidak
sejauh sana
Benda, orang, Binatang
ini, itu
Tempat
sini ( Digunakan bagi tempat yang hampir / dekat dengan penutur)
sana ( Digunakan bagi tempat yang dianggap jauh)
situ ( Digunakan bagi tempat yang tidak begitu jauh)
Keadaan
begini, begitu, demikian
contoh ayat
1. Ini langsat.
2. Itu kucing.
3. Pokok itu rendah sahaja.
4. Kereta Proton Wira ini cantik.
Kata Ganti Umum / Tak Tentu
Kata ganti umum/ tak tentu ini wujud daripada penggandaan kata ganti tanya
seperti apa, siapa, dan mana. Siapa-siapa boleh bertukar sesiapa.
Kata ganti umum ini digunakan dalam ayat penyata dan ayat perintah sahaja.
Kata Ganti Nama Penunjuk
Perkataan yang digunakan untuk menunjuk sesuatu benda, orang, tempat dan cara.
1. Kata itu dan ini disebut sebagai kata ganti tunjuk
2. Fungsi kata ganti tunjuk adalah sebagai:
(a) subjek dan letaknya di depan kata nama. Contohnya:
i. Ini komputer.
ii. Itu rumah Sally.
(b) penentu dan letaknya di be­lakang kata nama. Contohnya:
i. Kotak ini berat.
ii. Saya belajar di sekolah itu.
Kata Ganti tak tentu.
1. Kata ganti tak tentu menunjukkan sesuatu atau seseorang secara tidak tentu
2. Contoh kata ganti tak tentu serta penggunaannya adalah seperti yang berikut:
Kata Ganti Umum / Tak Tentu
Ayat-ayat contoh
apa-apa
1. Entah apa-apa yang dibawanya
2. Azman tidak berkata apa-apa setelah dimarahi gurunya.
Siapa-siapa
1. Tidak ada siapa-siapa dalam bangunan itu.
2. Siapa-siapa saja boleh menjaksikan pertunjukan itu.
Mana-mana
1. Jangan ke mana-mana , duduklah di sini sahaja.
2. Pilihlah mana-mana pakaian yang awak suka.
Kata Ganti Tak Tentu
sapa-sapa
mana-mana, masing-masing,
seseorang,dan sesuatu
siapa-siapa atau sesiapa
Penggunaannya
digunakan untuk benda atau hal yang tidak tentu
digunakan untuk tempat atau benda yang tidak tentu
digunakan untuk menggantikan orang yang tidak tentu