Memberi pengetahuan mengenai peratus dan bagaimana mendapat peratus daripada nombor bulat, perpuluhan dan cara mengira peratus.
Pelajar akan dapat menyelesaikan masalah berkaitan peratus yang melibatkan perpuluhan dan nombor bulat.
Nota 1
1. |
Menukar no. perpuluhan dalam 2 tempat perpuluhan kepada peratus. |
Contoh: 0.35 = 35 100
= 35% |
2. |
Menukar no. perpuluhan dalam 1 tempat perpuluhan kepada peratus. |
Contoh: 0.2 = 20 100 = 20% |
3. |
Menukar no. bulat kepada peratus. |
Contoh: 6 = 600 100 = 600% |
Nota 2.
1. Mencari nilai bagi peratus daripada suatu nilai tertentu.
Contoh: 35% daripada RM150 = 35 X RM150
100
= RM52.50
2. Apabila mencari peratus sebahagian daripada suatu nilai ,kedua-dua kuantiti itu mesti mempunyai unit yang sama.
Contoh:1. Berapa peratuskah 100g daripada 1kg?
100 g x 100% (tukar unit kg kepada g, di mana 1kg = 1000g)
1000g
= 10%
Contoh 2: Berapa peratuskah 40 sen daripada RM2?
=40 sen x 100 (tukar unit RM kepada sen, di mana RM 1 = 100sen)
200 sen
= 20%
Nota 3.
dijelaskan selalu kepada pelajar apabila berhadapan dengan masalah
peratus.
dengan nilai peratus itu didarab dengan kuantiti itu.
Contoh:
Berapakah 10 % daripada RM 200
= 10/100 x 200
= RM20
3. Jelaskan kepada pelajar kedua-dua sifar pada penyebut dan kuantiti boleh
dimansuhkan.
berikut:
= 10/100 x 200 = 10 x 2
= RM20
Nota 4.
Penyelesaian masalah harian melibatkan konsep pecahan dan peratus.
1. |
Antara soalan yang ditanya dalam UPSR bagi matapelajaran matematik ialah penyelesaian masalah harian melibatkan konsep pecahan dan peratus.
|
2. |
Untuk menjawab soalan-soalan berkaitan penyelesaian masalah, beberapa langkah atau strategi perlu dilaksanakan untuk memastikan jawapan adalah tepat dan mematuhi kehendak soalan.
|
3. |
Langkah atau strategi yang perlu dilaksanakan adalah seperti berikut: |
i) Mengenalpasti maklumat yang diberi
ii) Mengenalpasti maklumat yang dikehendaki
iii) Menentukan operasi matematik yang diperlukan
iv) Membuat langkah pengiraan
v) Memberi jawapan
Contoh soalan dan penyelesaian
Dalam satu ujian, Fatimah dapat menjawab 40 daripada 50 soalan.
Berapa peratuskan markah yang diperolehinya dalam ujian tersebut?
1. Maklumat yang diberi
Fatimah dapat menjawab 40 daripada 50 soalan.
2. Maklumat yang dikehendaki
Peratus markah yang diperolehi dalam ujian tersebut.
Pendaraban
40 X 100%
50
= 80%
Source: http://www.tutor.com.my