+
PERATUSAN(Nota 2)

PERATUSAN(Nota 2)

Description:

Pelajar akan dapat   :    Menukarkan pecahan wajar kepada peratusan dan sebaliknya

 

Di akhir pembelajaran pelajar dapat:

  1. Menukarkan pecahan wajar yang penyebutnya 10 kepada peratus
  2. Menukarkan pecahan wajar yang penyebutnya 2,4,5,20,25 dan 50 kepada peratus.
  3. Menukar peratus kepada pecahan dalam bentuk terendah.

(more)
See More

Try Our College Algebra Course. For FREE.

Sophia’s self-paced online courses are a great way to save time and money as you earn credits eligible for transfer to over 2,000 colleges and universities.*

Begin Free Trial
No credit card required

25 Sophia partners guarantee credit transfer.

221 Institutions have accepted or given pre-approval for credit transfer.

* The American Council on Education's College Credit Recommendation Service (ACE Credit®) has evaluated and recommended college credit for 20 of Sophia’s online courses. More than 2,000 colleges and universities consider ACE CREDIT recommendations in determining the applicability to their course and degree programs.

Tutorial

PERATUSAN

 


PERATUSAN (%)

  • Cara menyatakan nombor sebagai sebuah pecahan daripada 100.
  • Peratus mewakili pecahan yang penyebutnya ialah 100.
  • Ia turut mewakili bahagian sesuatu nombor daripada setiap 100 bahagian.
  • Simbol % digunakan untuk mewakili peratus.
  • Sebagai contohnya, 8/100=8% and 51/100=51%.
  • Keseluruhannya, x/100=x %.

Penukaran Peratusan Kepada Pecahan dan Perpuluhan

 

Apabila menukar peratus kepada pecahan atau nombor perpuluhan, bahagikan peratus itu dengan 100%.

Contoh 1:

(a) 60%
Jalan penyelesaian : 60/100=3/5

(b)30%
Jalan penyelesaian : 30/100=3/10

 

Mencari Peratus daripada Kuantiti yang Diberikan

 

Untuk mencari peratus daripada suatu kuantiti, ikutlah langkah-langkah yang berikut:

Langkah 1:Tukar peratus kepada pecahan
Langkah 2: Darabkan pecahan itu dengan kuantiti yang diberikan

Contoh soalan:Kirakan nilai yang berikut. (a) 25% of RM 900

 

(a) Jalan penyelesaian : 25/100 x RM900=RM 225


(b) 4.5 % of 360cm
Jalan penyelesaian: 4.5/100 x 360cm=16.2cm

 

Mencari Peratus Satu Nombor daripada Nombor Lain

 

Untuk mencari peratus satu nombor daripada nombor lain, ikutlah langkah-langkah yang berikut.

Langkah 1:Tukarkan kedua-dua kuantiti dalam unit yang sama.
Langkah 2:Tulis nombor-nombor itu sebagai pecahan.
Langkah 3:Darabkan pecahan itu dengan 100%.

Contoh: Tukarkan soalan kepada peratus. (a) 15minit daripada satu jam

(a) Jalan penyelesaian: 1jam = 60 minit
15 minit daripada 1jam = 15 minit daripada 60 minit
= 15/60 x 100%
= 25%